The peribahasa below i get from SUGUZ_e Bahasa.He categorised the peribahasa which r useful in our essay.Now v Juz learn 2 Category first~~~
HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Air yang dicincang tidak akan putus
Seseorang yang bersaudara itu tidak akan bergaduh berterusan walaupun berlaku sesuatu perselisihan
Anak sebatang kara
Seseorang anak yang tidak mempunyai keluarga atau saudara mara
Anak di pangkuan dibiarkan, kera dihutan disusui
Seseorang yang menguruskan atau melakukan sesuatu kerja untuk orang lain sedangkan kerjanya atau urusannya sendiri tidak disempurnakan atau diabaikan
Kecil-kecil menjadi anak, sudah besar menjadi onak
Semasa kecil anak itu menyenangkan hati kedua-dua orang tuanya tetapi apabila sudah dewasa, ia menyusahkan
Kasihkan anak ditangan-tangankan, kasihkan isteri ditinggal-tinggalkan
Seseorang itu dinasihatkan supaya tidak memanjakan anak atau isterinya agar tidak menyesal kemudian hari
Bapak borek anak rintik
Sifat seseorang anak yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya
Dianaktirikan
Seseorang yang selalu disisihkan
Sebatang kara
Seseorang yang hidup seorang diri tanpa ibu dan ayah dan juga tidak mempunyai saudara-mara
Bagai inai dengan kuku
Kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan
Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi
Seseorang anak itu sedikit sebanyak akan mengikut bakat ayah atau ibunya
ILMU DAN PENDIDIKAN
Belum bertaji hendak berkokok
Seseorang yang belum mempunyai ilmu yang cukup tetapi sudah berlagak
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut
Sesuatu nasihat yang diberikan mungkin terlalu sedikit tetapi adalah amat berharga
Laut ditimba tak akan kering
Kepandaian seseorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan
Belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam
Seseorang yang bodoh sekiranya rajin belajar, akhirnya akan pandai juga
Friday, October 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment